fbpx

Puteri Sarah Bengang Digelar Geng ‘Secondhand’

Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa bengang apabila seorang netizen meninggalkan komen menggelarkannya dengan Bella Astillah ‘geng seconhand’.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Puteri Sarah memuat naik komen individu tersebut serta mendedahkan lelaki berkenaan sudah menyekatnya di media sosial.

BACA: “Seronok Tengok Diorang Bahagia Tanpa Laki D*rjana” – Netizen

Puteri Sarah menyifatkan tindakan lelaki berkenaan pengecut kerana hanya berani tinggalkan komen di Instagram sahaja.

Difahamkan, lelaki tersebut meninggalkan komen di videonya menari trend lagu Alamak Raya Lagi bersama Bella Astillah an adiknya, Didi.