Puteri Sarah Bakal Failkan Nusyuz Terhadap Syamsul
Pelakon Puteri Sarah berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof.
Memetik Kosmo, peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader berkata tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan, namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.
BACA: Syamsul Puji Puteri Sarah Profesional, Tak Halang Jumpa Anak-Anak
“Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang.
“Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas ke atau nusyuz pihak sana pula ,”katanya.
Menurut Akberdin lagi, tuntutan nusyuz terhadap Syamsul itu antara perkara boleh dilakukan dan ia yang sedang difikirkan.
Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).
Terdahulu, Puteri Sarah akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya.
- SUMBER
- Kosmo
TERBAIKKKKK.
Tak dinafikan kadangkala seseorang suami hanya memandang salah dan dosa daripada pihak isteri, seolah krn isteri wajib taat kpd dia, suami adalah maksum. tapi dia terlupa klu dah namanya seorang hamba setiap drpd kita baik suami, baik isteri takkan terlepas dari melakukan dosa & kesilapan sama ada sedar atau tak sedar , dan semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Hahaha Baru tahu ada terma nusyuz untuk suami. Nampak macam Sarah boleh menang mudah kalau failkan tuntutan nusyuz ni kerana dengan jelas Syamsul mengabai nafkah batin, memukul (ni kena hard evidence tapi) dan tidak berlaku adil. Go Sarah Go!
Bagus ps buat tuntutan balas.bru best game ni.kite tgk samdol terciduk atau tak.
Alhamdulillah. Terbaik PS. InsyaAllah dipermudahkan urusan yg baik pada hari yg baik, bulan yg baik. Jalan terus!
Jelas kelihatan Sarah ni berpendidikan….patut belah sana diam…cuma harap Sol jadi pencelah, bela,…sebab tin kosong…takpelah…InshaAllah kita doakan Puteri Sarah bertemu org yg lebih power dan bahagiakan dia dan anak2…
Yeayyy
please
Ooo sebab tu la ke hari tu duk sibuk nak bincang jadual bermalam takut jatuh nusyuz hahahaha bak kata budak wechat “adan uke”
Jangan menyakiti seorang isteri sama ada secara fizikal atau pun mental kerana ia perbuatan nusyuz. Kebanyakan masyarakat kita menganggap bahawa nusyuz itu hanya berlaku pada seorang isteri terhadap suaminya, sedangkan perbuatan nusyuz juga boleh terjadi melalui seorang suami terhadap isterinya.
Nusyuz suami terjadi apabila dia mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dirinya sebagai suami kepada isterinya. Terdapat ciri-ciri suami yang nusyuz. Antaranya ialah:
1. Tidak sediakan nafkah zahir dan batin
Suami dikira nusyuz apabila dia langsung tidak melakukan hubungan dengan isterinya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak dan tidak menyediakan nafkah yang sewajarnya dari segi tempat tinggal, makan minum dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.
2. Menyakiti isteri
Menyakiti isteri bermaksud suami bertindak kejam dan kasar terhadap isteri seperti memukul, menarik rambut, mendera dan lain-lain yang boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan isteri.
3. Mengabaikan isteri
Nusyuz bagi seorang suami apabila dia tidak mempedulikan isterinya seperti kurang berkomunikasi atau kurang bermesra dengan isterinya disebabkan suami itu sudah jemu dengan isterinya atau ingin mencari yang lain.
Ada segelintir suami mudah melempiaskan kemarahan kepada isteri.
4. Tidak menghormati isteri
Tidak memelihara kehormatan isteri juga dikira sebagai nusyuz apabila suami sering membuka aib isteri kepada orang lain lebih-lebih lagi hal di dalam rumahtangga.
5. Tidak adil terhadap isteri
Suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya dari segi nafkah, keperluan wajib dan waktu penggiliran bagi isteri-isterinya, suami itu dianggap telah nusyuz.
Semua perkara yang dinyatakan pada ciri-ciri suami yang nusyuz ini akan memberi kesan yang buruk kepada hubungan keluargaan seperti keretakan hubungan suami isteri atau terjadinya ketegangan antara mereka kerana isteri selalu merasa tertekan terhadap situasi suami yang telah mengabaikan tanggungjawabnya.
Ada juga suami mudah melampiaskan kemarahan kepada isteri dengan kata-kata yg menyakiti hati isteri seperti menghina, memfitnah dan maki hamun juga adalah suami yang nusyuz. Dalam tuntutan nak bercerai isteri berhak membela dirinya untuk mendapatkan keadilan jika suami nusyuz berlaku zalim terhadap isterinya sama ada fizikal ataupun mental. Puteri Sarah wanita yg baik pasti kemenangan berpihak padanya.
Komen ku, padan muka si anak derhaka dan suami nusyuz,!!!!
@Jaga2 wahai lelaki…betul tu…..semua ni si Sol dah buat gara2 penyondol rupa Rohingya….so takpelah dah itu yg dia nak…jadi hadap la….
I learnt a lot dari kes puteri sarah
Ada ke suami nusyuz..suami dayus ada lh..