Puteri Balqis Buat Laporan Polis, Bapa Disiasat Dakwaan Cabul
Pelakon Puteri Balqis akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya susulan dakwaannya sebelum ini pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandungnya sendiri.
Memetik mStar Online, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan menerima laporan daripada remaja itu pada jam 10.25 malam semalam.
BACA: Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Gangguan Seksual
Dalam laporan tersebut, remaja berusia 15 tahun itu menyatakan diganggu secara seksual oleh bapanya sejak tahun 2013 hingga 2017.
“Laporan polis itu menyatakan mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya,” katanya.
Menurutnya lagi, kejadian berlaku ketika mangsa berusia enam tahun dan perbuatan itu dilakukan apabila ibu mangsa tiada di rumah.
Kes disiasat di bawah Seksyek Kanun Keseksaan atau kesalahan mencabul, Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.
Semalam, bapa kepada pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah menafikan dakwaan berkenaan.
- SUMBER
- mStar Online
Ni baru betul, kes jenayah bkn cerita sensasi kalau nk cari keadilan report je. Bila dah jd kes mahkamah nnt semua org akan tau apa yg berlaku. Lps tu terpulang laa nk percaya ke x mcm kes Najib dan Rosmah.
Eh ko bior betul ni berita ketua polis KL kata belum ada terima report pun?!
Adoi huru hara hidup anak beranak ni..kesian mmg kesian tp aku tetap trtanya2 knp mak dia yg dia kata mulia sgt tu x nk buat report dr memula..dr bukti sume masih ada..smpai anak da kena cabul bagai tp dia senyap aje..skg da brtahun2 brlalu baru nk report..x faham la
org perempuan bile kes cabul mmg akan fikir byk kali sebelum nak buat report..
1) sebab lelaki tu bapak kandung yang akan jadi wali aqish bile kawin nanti.. taknak nanti keluarga bakal besan malu dengan anak die bile terbongkar kes..
2) sentimen orang luar yang suke buat analisis sendiri dan menakutkan orang yang dicabul untuk berdepan kes.. selalunya perempuan di salahkan dan dituduh menggatal.. sedangkan lelaki yang mulakan diri.
3) emosi dah tak stabil, terganggu takut dengan dunia luar…
dalam kes cabul mangsa selalu di salahkan.. sebab tu mangsa cabul simpan lama sampai berbelas tahun kerana tiada keberanian.
tapi syabas balqis kerana anda dah keluar dari ketakutan emosi melampau tu..
jangan takut orang luar..jgn takut pencabul.. teruskan dakwaan..pastikan menang..
serious question, kalau kes macam ni polis akan siasat macam mana ye ? sebab kes dah bertahun lama, jadi macam mana nak buktikan betul atau salah ?