fbpx

Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Gangguan Seksual

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial mengenai pendedahan pelakon berbakat, Puteri Balqis mengenai sikap sebenar bapa kandungnya.

Apa yang mengejutkan, Balqis mendakwa dia pernah diraba dan bapanya pernah mengajaknya untuk menonton video lucah.

BACA: Dedah Perangai Jijik Bapa, Puteri Balqis Dikecam Kerana Buka Aib?

Susulan pendedahan berkenaan, bapa kepada pelakon itu membuat laporan polis menafikan dakwaan berkenaan.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata laporan dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

“Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun dipetik berkata, setakat ini, belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu.