fbpx

Puteri Balqis Bengang Mia Sara Cerita Buruk Tentang Dirinya?

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila berlaku perselihan faham antara pelakon remaja Puteri Balqis dan Mia Sara. Difahamkan, perselisihan faham itu terjadi apabila Mia menjawab pertanyaan pengguna TikTok yang bertanya tentang Balqis.

Pada komen tersebut, Mia berkata tidak semua orang dibesarkan dengan agama sejak dari kecil jadi tidak perlu menyalahkan Balqis jika dia seperti itu.

BACA: Noorkhiriah Puji Sifat Lemah Lembut Puteri Balqis, Tinggi Budi Bahasa

Susulan komen itu, Puteri Balqis merasakan Mia ‘sengaja’ bercakap perkara buruk tentang dirinya dan disebabkan komen itu juga dia dikecam teruk oleh netizen.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Balqis memuat naik komen dipercayai ditulis oleh Mia Sara. Balqis turut kecewa dengan tindakan pelakon itu kerana melibatkan ibunya.

Katanya lagi, dia dididik supaya tidak bercakap buruk tentang orang lain atau memaki orang lain. Dalam entri itu juga, Balqis sempat menasihati Mia memakai tudung bukan tiket untuk bercakap buruk tentang orang lain.

“Pakai hijab tidak memberi tiket percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tidak memberi tiket percuma untuk ‘seksa’ orang lain. “Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Twitter Mia diilihat ada memuat naik status mempersoalkan mengapa ayatnya sering diputar belit. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa.