Noorkhiriah Puji Sifat Lemah Lembut Puteri Balqis, Tinggi Budi Bahasa
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Noorkhiriah menjadi perhatian ramai apabila tidak dapat mengawal emosinya berdepan dengan pelakon remaja Puteri Balqis.
Menerusi perkongsian itu, Noorkhiriah memuji keperibadian Balqish yang sangat tertib ketika bercakap serta seorang yang lemah lembut.
BACA: Netizen Terkejut Tengok Penampilan Terbaru Puteri Balqis
View this post on Instagram
“Assalamualaikum daripada Aqish untuk semua. Lemah lembut dia buatkan saya kalah. Sama-samalah kita amalkan nilai kasih sayang, bukan sebaliknya.
“Tidak kenal, maka tidak tahu. Dah tahu, inilah Aqish yang sebenar. Nak buka mulut pun perlahan-lahan ayat diatur. Seorang yang sangat tertib,” tulisnya.
Kata Noorkhiriah lagi, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 itu juga mempunyai budi bahasa yang tinggi serta sangat menghormati orang lain.
“Tinggi budi bahasa. Diam sahaja kalau di set selagi belum tiba gilirannya (berlakon). Hormat orang tinggi sangat. Selamat maju jaya Aqish,” katanya.
Perkongsian Noorkhirah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji perwatakan pelakon muda berbakat besar itu serta teruja apabila Balqis kembali berlakon.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Puteri Balqis dilihat ada memuat naik foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak sehingga mencetuskan tanda tanya netizen.
- SUMBER
- Kosmo!
Anda tahu tak, bini2 yg telah diceraikan, semasa si lelaki jumpa bakal mak mentua sebelum kahwin, dan semasa majlis perkahwinan, mereka sangatlah tinggi budi bahasa, sopan, tertib semualah. Atas pelamin tu punyalah hebat nampak.
Dah jd laki bini, keluar semua naga, buruk dah tak tertahan dah. Laki dah x hingin nk tgk muka bini.
Apa pengajarannya?? Wayang je semua ni. Topeng.
Masa krisis dan isu2 besar, personaliti kita yg sebenar akan terpancar
ye lah dik non
ada je byk yg sopan santun, berbudi bahasa..(entah mmg sifat azali atau ape x tahulah, atau mmg berlakon masa kejadian tu), tpi nk nolong mak ke dapur punyalah payah, di suruh baru nk buat, itupun smbil pegang hp, semua pegang hp waktu kerja, wktu myapu pun pegang hp, smph x kemana bertempiaran, budi bahasa blom cukup utk jdi wanita sempurna, ye mmg btul, budi bahsa diperlukan dimana2 shj kita berada, sbb budi bahasa melambgkan keperibadian diri dn bangsa dn jgn lupa pula kebersihan pun sama, melambgkan keperibadian. Ada tuan rmh kata, penyewa dri neraka mmg wujud., mcm mana kotornya rmh tu, mcm tulh rmh dia jugak..itu sifat keperibadian.
Ala dia “berlakon” jadi baik je tu.
Habis lakonan bertudung, dia pakai skirt pendek tunjuk peha, black stoking, makeup black metal.
Fake it until you make it.
Sekilas retis di social media, dah boleh tahu perangai hangsuang or not.
oh my god,, yg atas ni xtakut ke kena kt diri sendiri.. org tulis baik2,engkorang menggelupur negatif! najisnya mulutttttt
to joyah cyber: yakin nya kau bila bercakap mcm kau duduk serumah dgn dia… lebih elok doakan je dia dari kau fitnah dia mulut mcm longkang siak kau ni
Bodoh joyah cyber ni.weii budak tu baru 14 taun..dia baru je lg masuk remaja.kira ngn umo ko ke pemikiran.bg aku 14 15 ni budak2 sgt lgi.kira dia besopan santun tertib pandai berkomunikasi ngn orgtu dah bagus..tau cari salah org jela gile.