Puteri Aishah Terpotong Jari Kelingking, Perlu Jalani Pembedahan
Nasib tidak baik menimpa pelakon Puteri Aishah apabila mengalami kecederaan parah pada bahagian jari kelingking tangan kirinya selepas terkena hirisan pisau.
Dalam kejadian yang berlaku petang semalam, jari tangannya itu terkoyak ketika mahu memotong buah. Pengurusnya, Iman Tang berkata kecederaan di jari Puteri itu agak serius dan perlu segera menjalani pembedahan.
BACA: Puteri Aishah Trauma Untuk Teruskan Penggambaran
“Ketika kejadian, Puteri mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.
“Dengan dibantu seorang teman, Puteri kemudiannya di bawa ke sebuah hospital swasta di Ampang untuk mendapatkan rawatan. Mengikut laporan doktor, kecederaan di jarinya agak serius. Untuk mengelakkan kesan jangka panjang, Puteri perlu menjalani pembedahan segera,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Iman memberitahu keadaan pelakon itu kini stabil dan meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar segera sembuh.
“Saya masih belum berkesempatan bertemu dengannya kerana ada urusan ketika kejadian berlaku. Lagipun, waktu melawat sudah tamat. Keadaannya stabil mungkin disebabkan doktor memberi ubat tahan sakit ketika di bilik kecemasan.
“Insya-Allah, esok saya akan melawat Puteri Aishah dan akan maklumkan perkembangan terkini. Mujur, dia baru selesai menjalani penggambaran. Kalau tidak, susah juga. Kepada peminat Puteri, sama-samalah mendoakan supaya dia segera sembuh,” ujarnya.
- SUMBER
- BH Online
Adoi sakit tu…
1st time ke potong buah….
jgn jd cam retis indong sekor tu..
Potong buah pun leh sampai gtu… apa lg klu potong ikan/daging.. putus kot tgn
dulu dulu masa aku keje kitchen kat hotel. ada budak sama ktchen gn aku.. hari2 main pisau.. potong telur ja.. tah camana tah terslip sikit putus jari kelingking dia.. tu yg ari2 12jam main pisau boleh putus jari.. ?
da x bole korek hidung da….
Malang tak berbau… org kerja chef pon luka jugak kekadang.