fbpx

“Puteri Aishah Adalah Cinta Pertama Saya”

Selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Firdaus pada 20 November lalu, pelakon Puteri Aishah berkata suaminya seorang yang pemalu.

Menurut Puteri Aishah, suaminya yang juga seorang ahli perniagaan tidak pernah bercinta dan pada awalnya hanya hubangan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan.

BACA: Suami Puteri Aishah Dipuji Segak, Iras Putera Mateen

“Firdaus seorang yang pemalu dan tidak biasa dengan perempuan. Dia tidak pernah bercinta sebelum ini. Disebabkan sikapnya yang pemalu, jadi kami tidak terus berkenalan sebaliknya hanya bertukar-tukar akaun Instagram. Dari situ kami mula berhubung,” katanya.

Pandai menyimpan kemas kisah cintanya sehingga tidak pernah diketahui ramai, Puteri Aishah berkata dia sememangnya tidak suka berkongsikan mengenai hal peribadi kepada umum.

“Memang sejak dahulu lagi saya tidak suka berkongsi kisah percintaan dengan umum. Alhamdulillah, sekarang kami sudah pun bergelar suami isteri,” katanya.

Sementara itu, Firdaus berkata dia tertarik dengan Puteri Aisha kerana sifatnya yang kelakar dan boleh ‘mengawal’ dirinya serta mengakui isterinya itu adalah cinta pertamanya.

“Kalau saya sedang marah, dia pandai menenangkan dan membuatkan kemarahan saya hilang. Puteri Aishah adalah cinta pertama saya. Pertama kali melihatnya, saya dapat rasakan dia adalah bakal isteri saya suatu hari nanti,” katanya.