fbpx

Suami Puteri Aishah Dipuji Segak, Iras Putera Mateen

Semalam, pelakon Puteri Aishah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, ahli perniagaan, Muhammad Firdaus di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Rata-rata netizen memuji pasangan pengantin itu yang dilihat sama cantik sama padan. Lebih menjadi perhatian netizen suami Puteri Aishah yang mempunyai rupa paras yang segak.

BACA: Puteri Aishah Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Tidak kurang juga ada yang mengatakan ahli perniagaan berusia 28 tahun itu mempunyai wajah seiras Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen. Malah, ada yang mengatakan wajah suami Puteri Aishah itu seperti pelakon di dalam drama Thailand.

Pada majlis semalam, Puteri Aishah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki, pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.