fbpx

Puji Peminat Cantik, Remy Ishak Buat Ramai Wanita Cair

Tinggi lampai dan memiliki rupa paras menarik, tidak dinafikan Remy Ishak antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan ramai gadis. Baru-baru ini, nama Remy menjadi bualan apabila memuji kecantikan seorang peminat wanita di IG Live.

Video IG Live yang dimuat naik oleh peminat itu kini tular di laman Twitter. Menerusi video itu, Remy dilihat tidak putus-putus memuji senyuman manis dan wajah peminat wanitanya itu.

BACA: Lama Terperap Di Rumah, Remy Ishak Jumpa Doktor Kerana Kemurungan

Kata Remy lagi, pencahayaan di tempat gadis itu berada membuatkan wajahnya Nampak cantik malah senyuman gadis itu juga mendapat perhatian Remy. Malah, Remy turut meminta gadis berkenaan beritahu kepada ibu bapanya bahawa mereka bertuah memiliki anak yang cantik.

https://twitter.com/hotcaramelatte/status/1273884662717276160?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1273884662717276160&ref_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2Fpuji-peminat-di-ig-live-remy-ishak-buat-ramai-wanita-cair%2F

“Lighting itu membuatkan muka awak nampak cantik, ke awak memang cantik? Manis senyuman awak. Senyuman awak memang cantik.

“Cakap dekat abah dan mak awak, saya hargai keindahan awak senyum cantik, muka cantik syukur Alhamdulillah ibu dan ayah memiliki anak yang cantik,” katanya.

Video yang dikongsikan oleh gadis itu sekaligus menimbulkan rasa tidak keruan gadis-gadis lain. Malah, ramai wanita mengatakan mereka jatuh hati cara Remy melayan para peminatnya.

Tidak kurang juga, ada netizen berkata kisah peminat wanita itu boleh dijadikan judul untuk novel “Suamiku Remy Ishak” yang mengisahkan tentang perjalanan kisah cinta dan pertemuan bibit cinta mereka.