Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu, boleh dikatakan ramai terpaksa yang duduk dirumah dan tidak melakukan sebarang pekerjaan susulan pandemik COVID-19.
Terlalu lama sendirian di rumah, Remy Ishak mengakui dirinya kemurungan sehingga terpaksa mendapatkan nasihat doktor. Menurut Remy, doktor menasihatkan agar tidak tinggal sendirian kerana bimbang gangguan emosi dan mental bertambah buruk.
BACA: Remy Ishak Padam Semua Foto, Unfollow Mira Filzah Di IG
Remy berkata tiada ada yang perlu disorokkan mengenai kemurungan yang dialami olehnya kerana ramai mengalami masalah sama sejak PKP dilaksanakan.
“Saya tinggal sendirian. Apabila terlalu lama tidak keluar bekerja dan berjumpa orang, saya jadi murung. Apatah lagi saya ‘single’, mungkin jika ada pasangan atau keluarga yang tinggal bersama, kuranglah kesunyian itu.
“Saya cuba untuk kuat, berfikiran positif dan memperbanyakkan membaca bagi menenangkan fikiran. Namun, perasaan itu tidak boleh bertahan lama. Semakin lama, semakin sukar untuk saya mengawal perasaan.
“Jadi, saya buat keputusan mendapatkan nasihat doktor. Malah, syarikat pengurusan turut menyokong tindakan saya itu,” katanya kepada BH Online.
Susulan kemurungan dialaminya itu, Remy berkata memohon kebenaran pihak berkuasa untuk pulang ke kampung di Melaka menerusi surat yang dikeluarkan oleh doktor.
Meskipun sudah lama berdepan masalah kemurungan, bagaimanapun Remy berkata dia baru sahaja pulang ke kampung sejak Ahad lalu kerana tidak mahu membahayakan kesihatan ibu yang sudah berusia.