fbpx

Puisi Noor Dayana Buat Ashraf Muslim, Luahan Hati

Ketika ini, sedang bertebaran di laman sosial tentang sebuah puisi nukilan Noor Dayana buat suaminya, Ashraf Muslim yang kini sedang di’himpit kontroversi berkahwin buat kali kedua di Thailand.

Tidak banyak yang kami boleh ulas tentang tulisan Noor Dayana ini kerana apa yang ingin disampaikan jelas menggambarkan kekecewaan dalam hatinya akan perkahwinan kedua Ashraf Muslim.

Berikut merupakan nukilan Noor Dayana yang di’kongsikan menerusi akaun Facebook beliau petang ini.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

UPDATE-1: Puisi yang sudah popular di laman sosial ini BUKAN hasil tulisan Noor Dayana sendiri. Seorang wanita tampil memberikan penjelasan seperti berikut.

bukandayana