fbpx

“Puasa Kali Ini Lain, Dulu Kena Fikir Juadah Suami”

Walaupun bukan seorang selebriti, namun nama Intan Liana Saleh dikenali ramai selepas kisah perceraiannya bersama seorang pemuzik Ude Wahid yang berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda menjadi tumpuan umum.

Kini bergelar model muslimah,  Ramadan tahun ini sangat berbeza buat Intan dan anak-anak. Menerusi dalam sebuah temu ramah , Intan memberitahu Ramadan tahun ini semuanya sama kecuali tiada lagi suami di sisi.

BACA: Bekas Suami, Madu Tercalon Tapi Intan Liana Dijemput

“Ramadan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami, tetapi kali ini hanya akan fikir untuk diri saya dan anak-anak,” katanya kepada Hijabista.

Intan juga mengakui, kehidupan sebagai ibu tunggal agak sukar, namun dia mendapat sokongan ahli keluarga yang menjadi kekuatannya selama ini.

“Buat masa ini Intan kena kerja lebih kuat untuk menyara keluarga. Apa saja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi.

Menurut Intan lagi, ada masanya anak-anak akan diambil oleh ayah mereka dan bagi Intan dia tidak pernah berniat untuk menjarakkan hubungan anak beranak.