fbpx

Bekas Suami, Madu Tercalon Tapi Intan Liana Dijemput

Bagi sesiapa mengikuti program MeleTOP, malam ini bakal berlangsung Anugerah MeleTOP (AME 2018). Menerusi anugerah itu, Ude Wahid dan Izreen Azminda telah tercalon dalam kategori ‘Couple MeleTOP’. Tapi yang peliknya, Intan Liana pula dijemput ke set minggu lalu.

BACA: “Jagalah Dia Sebaik Mungkin” – Pesan Intan Liana

Tidak dinafikan sejak pergolakkan rumah tangga dengan bekas suami dan madu, populariti Intan semakin meningkat naik. Namun kehadirannya ke program MeleTOP banyak dipersoalkan kerana latar belakangnya yang bukan selebriti.

Bagaimanapun menerusi Instagram, Intan menjelaskan kehadirannya ke program itu hanya memenuhi jemputan produksi program itu yang sudah kerap kali menjemputnya sebelum ini tetapi ditolak Intan sehingga minggu lalu.

Malag jelas Intan, beliau juga tidak tahu mengapa dirinya dijemput hadir ke program tersebut dan Intan juga kerap bertanyakan pihak produksi program itu tentang jemputan yang diterimanya beberapa kali.

Tidak salah untuk Intan memenuhi jemputan orang, bak kata Intan, orang jemput kita pergi sahajalah. Apapun semoga Intan terus tabah mengharungi hidup seorang diri dah dimurahkan rezeki untuk menanggung anak-anak. (rtky/w)