fbpx

PU Syed Tegur Video Mesra Zarina Anjoulie & Kekasih

Sejak kebelakangan ini nama Zarina Anjoulie dan kekasih menjadi pujian ramai apabila tampil memberikan bantuan kepada golongan susah dan mereka yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan video mesranya dengan kekasih sehingga Pencetus Ummah (PU) Syed memberikan teguran secara terbuka kepada pelakon itu yang didakwa dengan sengaja memuat naik video mesra untuk tetapan umum.

BACA: Zarina Anjoulie Sindir Ogy Ahmad Daud Isu Hutang Teater

Menerusi perkongsian di Instagram itu, PU Syed turut bertanyakan apa tujuan Zarina memuat naik video tersebut di media sosial. PU Syed memberi pesanan kepada Anju supaya takut kepada Allah atas apa yang ditunjukkan di media sosial telah melanggar batas yang dilarang dalam agama.

Dalam pada itu, PU Syed berharap agar teguran yang diberikannya itu akan sampai kepada Anju dan pasangannya.

Diakhir perkongsian, PU Syed berkata dia terpaksa menutup ruangan komen perkongsian berkenaan supaya tiada komen melampau daripada netizen.