fbpx

PU Syed Tegur Caprice Sumpah Atas Nama Ibu Bapa

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur penyanyi rap, Caprice susulan kenyataan bersumpah dilakukannya baru-baru ini.

Menurut PU Syed, kenyataan sumpah yang sebetulnya hendaklah dilakukan menggunakan nama Allah SWT. Menerusi entri itu, PU Syed turut memuat naik berita mengenai Caprice.

BACA: Desak Ebit Lew Buka Mulut, PU Syed Dikecam

Dalam pada itu, PU Syed turut berpendapat bahawa individu yang sepatutnya bersumpah adalah orang yang didakwa dan bukannya Caprice.

“Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah,” tulisnya.

Terdahulu, Caprice membuat pendedahan mengenai kelakuan tidak baik seorang pendakwah. Malah, Caprice turut bersumpah atas nama ibu bapanya bahawa dia mengenali perangai sebenar pendakwah berkenaan.