fbpx

Desak Ebit Lew Buka Mulut, PU Syed Dikecam

Gara-gara mengeluarkan kenyataan mendesak pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuka mulut menafikan segala dakwaan panas terpalit dirinya ketika ini, pendakwah bebas PU Syed dikecam oleh netizen.

Memuat naik status di Facebook miliknya bagaimanapun PU Syed berkata dia tidak takut dengan kecaman dilemparkan terhadap dirinya kerana setiap manusia boleh menulis apa sahaja namun percaya di akhirat kelak hanya Allah yang berkuasa.

BACA: Netizen Tunjuk Bukti Lelaki Dalam Video Lucah Memang Ebit Lew?

“Kena kecam doh ambe (saya). Tokleh (tak boleh) usik langsung. Kuat ‘back up’. Cuma ambe nak kena kabo satu benda, tentang ambe, kot terlupa, #AdeAmbeTakut (ada saya takut).

“Kecamlah selagi boleh. Sebab masing-masing ada jari-jemari untuk menaip. Kelak di akhirat hanya kita dan Allah sahaja berhadapan untuk dihitung dan dihisab,” tulisnya.

Semalam, PU Syed memuat naik status meminta pendakwah terkenal itu berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu mengenai segala dakwaan yang hangat diperkatakan di media sosial.

“Pendedahan demi pendedahan yang berani telah dibuat terhadap UEL (Ustaz Ebit Lew). Maka, saya minta UEL agar tampil ke hadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yang anda anggap sebagai fitnah.

“Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, masyarakat khasnya followers (pengikut) anda perlu diberi pencerahan setuntasnya (tentang isu ‘panas’ yang sedang terpalit ini),” tulisnya.

Menerusi entri itu, PU Syed berkata dia sebolehnya enggan percaya dengan segala fitnah berkenaan namun melihatkan ramai mangsa tampil membuat laporan polis, kepercayaannya semakin mengendur.