fbpx

PU Syed Mohon Maaf, Tak Halang Caprice Ingin Dedahkan Rahsianya

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri atau PU Syed akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Caprice dan isterinya, Fara Inali sebentar tadi.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, PU Syed memohon maaf kerana menyentuh isu aurat isteri penyanyi itu.

BACA: Bengang Disuruh Urus Aurat Isteri, Caprice Mahu PU Syed Mohon Maaf

“Saya dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika di sana ada unsur-unsur negatif dan mengganggu kehidupan saudara Caprice dan isteri,” tulisnya.

Kata PU Syed lagi, dia berharap kes yang masih berjalan di mahkamah tidak perlu diulas lagi serta menyerahkan kepada Caprice sama ada ingin terus mendedahkan rahsia tentang dirinya.

Jelas PU Syed lagi, dia memohon maaf bukan bermakna dia ingin menghalang Caprice untuk membatalkan membuat pendedahan tersebut.

“Manakala isu tentang diri saya yang Caprice cuba dedahkan, terpulang kepada saudara untuk terus dedahkan atau tidak.  Permohonan maaf ini bukanlah bermakna saya nak pihak Caprice membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang negara.

Dalam pada itu, PU Syed turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memfitnah serta mendoakan agar mereka memperolehi taufiq dan hidayah daripada Allah.

“Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya. InsyaAllah. Kepada netizen terima kasih atas komentar berbaur kejian dan fitnah. Semoga kita semua akan beroleh taufiq dan hidayah dari Allah.” tulisnya.