fbpx

Bengang Disuruh Urus Aurat Isteri, Caprice Mahu PU Syed Mohon Maaf

Semalam, Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri bersuara mengenai kes amang seksual melibatkan penceramah selebriti, Pencetus Ummah PU Azman.

Bagaimanapun, menerusi entri itu PU Syed meluahkan rasa pelik apabila ada pihak mendesaknya untuk mengulas isu tersebut apatah lagi kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah.

BACA: Caprice Dedah DM Remaja Lelaki, Dakwa Perbualan Dengan PU Azman

Menerusi perkongsian di Facebook itu, PU Syed turut menyebut penyanyi rap, Caprice juga sedang melakukan siasatan sendiri apabila ada mangsa mengadu kepadanya. Apa yang turut menjadi perhatian, PU Syed dilihat menyentuh soal menutup aurat isteri penyanyi itu. 

Seperti sudah dijangka, perkongsian PU Syed itu mendapat perhatian Caprice yang meluahkan rasa pelik mengapa pendakwah bebas itu ‘memetik’ nama isterinya walhal   tidak ada kaitan sama sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Tidak terhenti setakat itu, Caprice turut menghantar mesej kepada pendakwah berkenaan untuk meminta penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice turut memberi masa dalam 24 jam untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka jika tidak mahu rahsianya pula dibongkarkan kepada umum.

Caprice turut dilihat memberi amaran kepada pendakwah tersebut agar tidak menyentuh hal peribadinya dalam kes tersebut serta tidak mengganggu keluarganya.