fbpx

PU Riz Positif COVID-19, Pernah Solat Di Masjid Jamek Sri Petaling

Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail disahkan positif wabak COVID-19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari lalu. Menurut PU Riz dia menjalani ujian saringan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

PU Riz berkata dia redha mendapat perkhabaran tersebut dan menganggap ianya ujian daripada Allah. Katanya lagi, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.

BACA: Foto Panas Miripnya Tersebar, PU Rizz Buat Laporan Polis

“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.

“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.

“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.

PU Riz berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dia hanya berada di rumah, namun dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling sebelum ianya ditutup kerana penyebaran wabak tersebut.

“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja. Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” katanya.