fbpx

PU Riz, Neelofa Mahu Besarkan Anak Ikut Cara Islam & Sederhana

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pendakwah terkenal, PU Riz berkata dia dan isterinya, Neelofa mahu besarkan anak mereka secara bersederhana.

PU Riz juga tidak menafikan anak yang bakal dilahirkan nanti akan turut terkena tempias populariti yang dimilikinya dan isteri.

BACA: Menghitung Hari Nak Bersalin, Neelofa Akui Gementar

“Tidak boleh cakap tak terkenal sangat sebab ibu bapanya dikenali. Kalau boleh tak mahulah terlalu popular, biarlah semuanya bersederhana,” katanya.

Dalam pada itu, PU Riz berkata dia mendidik anaknya itu mengikut ajaran Islam serta berharap zurait mereka itu dapat membesar dengan cara Islam.

“Jika berbicara tentang kemasyhuran, boleh jadi kebaikan dan keburukan. Dalam Islam, dipanggil sebagai wasatiyyah iaitu pertengahan atau sederhana. Kami berharap anak yang bakal lahir ini dapat membesar dan dididik dengan cara Islam,” katanya.

Terdahulu, Neelofa berkata dia akan menyambut kelahiran anak pertama mereka itu dijangka pada bila-bila masa serta berharap dapat melahirkan zuriat secara normal.