fbpx

Menghitung Hari Nak Bersalin, Neelofa Akui Gementar

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, selebriti popular, Noor Neelofa mengakui gementar bakal melalui proses bersalin.

Kata Neelofa lagi, dia dan suami, PU Riz sudah pun membuat persediaan bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka itu dijangka pada bila-bila masa.

BACA: Letak Emoji Baby Boy, Neelofa Bakal Timang Bayi Lelaki?

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini. Kata orang tengah menghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja. Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

“Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran dipermudahkan dan berhalan dengan lancar.

“Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur sahaja..terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.

“Rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan…itu satu perjalanan yang cukup berbeza,” katanya.

Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.