PU Riz Bangga Neelofa Jadi Pilihan Jenama Antarabangsa
Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur dilantik sebagai selebriti pertama menjadi pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan tersebut.
Memetik mStar Online, Neelofa yang teruja dengan pelantikan tersebut apatah lagi dia sememangnya seorang yang suka bercuti dan mengembara.
BACA: Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Sejak Kahwin, Tinggal Masak & Kemas Saja
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula. Seperti kita tahu, Airbnb ini ada di seluruh dunia. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.
“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.
Dalam pada itu, suaminya iaitu PU Riz bersyukur apabila isterinya menjadi pilihan antarabangsa meskipun sudah berniqab.
“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.
“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka. Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Alah taktik lapuk nk up diri jd duta produk ni ko boleh bayo sekian2 harga atau jd special customer dgn jd consumer tetap dia dgn nilai yg exclusive boleh jek sykt2 tu lantik jd duta. Tp biasanya sbb mmg ko terkenal atau ramai followers laa utk promosi brand tu lg.
Yer teringat dulu arwah M.Sharif dia mmg customer tetap fender gitar dan dia tempah satu gitar special edition dgn body berbendera Malaysia. Lps tu Sykt Fender USA lantik dia jd duta gitar fender boleh kata satu2nya pd zaman tu di Asia Tenggara. King Shah dari band Metalasia pun sama dia mmg pelanggan tetap Ibanez gitar USA dan dia oder model 7 string custom kemudian band Metalasia jd duta Ibanez di Msia pd tahun tu. Cerita yg sama dgn Fazura pengguna tegar beg Coach dia pun jd duta jenama beg Coach sbb dia mmg borong koleksi special edition jenama tu tiap tahun. Ramai jugak artis2 deal dgn jenama fon dan kosmetik kemudian sembang laa konon mrk ni ditaja sbb mrk terkenal pd hal mmg mrk dah deal awal2 pun sbg best customer brg tu …
pakai niqab sebab taknak isteri memandang & dipandang….niat dah tersasar ni
bila mereka pindah ke negara Arab?
Tak usahlah nk sakit hati, sepatutnya doakan yg terbaik atas kejayaannya atau sesiapa sj, buat apalah kita nk perlu menyindir, dan mengata ngata ,Islam tk pernah ajar kita untuk kutuk orang, hari ini satu jari kita tunjuk pada orang nnti 10 jari kita akan tunjuk perangai hodoh kita. Berbaik sangkalah sesama hamba Allah.
Airbnb tu penyokong tegar ISRAEL dan menindas hak PALESTIN. Google je “BDS Movement”. Ramai #boycottairbnb di serata dunia sebab isu ni, so kenapa Hajah ni nak sokong company macam ni? Sokong Palestin ke tidak??
Tak takut penyakit ain kah?