Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Sejak Kahwin, Tinggal Masak & Kemas Saja
Baru-baru ini, selebriti popular Neelofa ada memuat naik perkongsian di Insta Story memaparkan suaminya, PU Riz sedang membeli barangan rumah.
Menurut Neelofa, semenjak berkahwin dia tidak pernah membeli barang dapur kerana segalanya diuruskan sepenuhnya oleh suami.
BACA: Neelofa Sahkan Hamil Anak Kedua
Kata Neelofa lagi, segala jenis dan jenama barangan yang dibeli dipilih oleh suaminya sendiri. Malah, Neelofa memberitahu bapa mertuanya iaitu Datuk Seri Ismail juga turut melakukan perkara yang sama.
“Beli barang rumah memang saya tak pernah buat langsung. Tau-tau barang sampai untuk masak dan kemas saja. Segala jenis brand sabun, softener, tisu semua dia (PU Riz) yang pilih. Ayah Pak Ustad pun macam ni,” tulisnya.
Minggu lalu, Neelofa mengumumkan dirinya sedang berbadan dua dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Soooo?? Mu nk kitaorg goyang gerudi ke camner mek???
Kalau dh pak ostad x.reti nak sedia semua tu mmg x pyh jd ostad la.
Sebab pakai duit kau.. nak tunjuk mcm paling sweet..
Pakai purdah tp tudung masih nampak bentuk buah dada. Lofa,lofa. Tgk ustazah asma tu,betul2 bertudung tutup dada.