PU Rahmat Minta Henti Promosi Squid Game
Sekarang ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah drama siri negara Korea yang ditayangkan di Netflix bertajuk Squid Game.
Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang meminta agar netizen beragama Islam dan selebrti berhenti mempromosikan siri popular itu.
BACA: Michael Ang Bengang PU Rahmat Tegur Kamal Adli Lamar Uqasha
PU Rahmat berkata dia memahami siri tersebut mempunyai jalan cerita menarik namun ia memberi pengaruh yang tidak baik apatah lagi menonjolkan adegan seks dan perkara haram lain.
Katanya lagi, dia bimbang jika ada budak-budak dibawah umur yang terpengaruh dan ingin menonton siri Korea tersebut.
“Nak tengok tu, tengoklah sebab masing-masing dah dewasa tapi jangan pula kalian mempromosikan secara tak langsung sebab follower kalian bukan semuanya orang dewasa,” katanya.
Perkongsian PU Rahmat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu, malah ada mengatakan mereka yang dewasa pun turut malu melihat adegan tidak senonoh siri berkenaan.
Hansem gak lebai ni… lol
Dah tengok le tu hehe
Belum tgk pun boleh tau. Kat rate/ category netflix kan dinyatakan ada sex/ nude scenes ke apa..aku baru je nk tgk dgn anak ingat ok tgk2 ada tulis nude/ sex mcm tu la, terus tutup laptop ckp kat anak cerita ni x sesuai n x sopan..smpai ke sudah aku belum tgk since xnk anak nmpk aku pun tgk citer yg aku sndiri x bg dia tgk..same thing with money heist..netflix n all these movie streaming flatforms mmg full of sex scenes, nudity and violence tanpa tapisan..apa yg pu ckp ni betul, x perlu promote since underage ni mudah tergoda nak tgk..even yg dewasa pun berdosa klau tgk tp layan je sama ada nk tgk cerita best sambil2 cuci mata..
Hai, lebai pun tengok netflix? Gi la tengok ceramah agama kat TV1, menyibuk je lebai ni. sempit otak dan jumud sangat
susah sebenarnya harini nak membina generasi/keturunan.
banyak sangat benda2 yg masuk dan dihalalkan.
org yang ditegur pun dimaki.
Betol kata dia. Yg baik kita sokong.
Wow ramainya munafik kat ruang Komen ni bukan nak ckp lah beliau tegur Ada Yang kecam, nak Kaya Aku munafik ikut kau lah at least Aku tak kutuk kutuk ustaz bagi teguran Yang benar
Squid Games ni very violence series pada aku la. Massacres everywhere. Kerana duit sanggup manusia bergadai nyawa. Tak logik pun ada. Just becos that old man is dying and missed his childhood days, he created the game so that he can be “in” the game as well but to the extent of brutallly murdering most clueless humans. Not suitable for kids. Not suitable for weak hearts. And of course not suitable utk kita orang2 islam. Takut terikut budaya dan perbuatan dorang. Naudzubillah.
Woii.. It’s for mature audience only la lebai. Acah2 tak pernah tengok porn pui
Ala kalau budak2 nk tengok jugak boleh je.. Tapi kena rajin la…. download squid game ni kat website lain… Pastu teliti betol2 setiap episodes, mark down minit ke berapa aksi2 lucah or extreme tu and then ko cut je la guna video editor yg bercambah kat internet tu…
Cut ajer scenes tue kalau tak mau promote pon tak apa. Cerita Korea neh, dari dulu memang terbaik hampir peratusan drama dan movie nya menayangkan babak juga seni fotografinya juga baik..ending ya juga tak dapat diduga dalam setiap cerita.
Tue drama kat TV tue tak habis habis DOK Siar kisah cinta-cinta-cinta… Budak sekolah kecik kecik dh pandai bercinta.. Malaysia sekarang drama movie dh tak ada modal lain ker apa?..
Seriuslah ada adegan Seks? Nasib baik tk tengok
Cerita ni x sesuai untuk kanak2 dan remaja. Berdasarkan trope yg sama dgn gladiator, hunger games..kisah2 begini mengnormalisasikan permainan bunuh mmbunuh. Jika org dewasa yg berakal dan tau mmbeza fiksyen dan realiti boleh lah korang tgk. Adegan sex x ada la sgt pun. Atau mungkin aku x perasan sbb aku x amik perhatian. Ada dua babak yg agak intim tapi mnjijikkan la sbb psgn yg terlibat dua2 x menarik. Yg satu lg x ada babak romen pun tp nmpk badan lelaki mat saleh boroi yg mmg erkkghh.. so xde babak yg meransang nafsu hanya agak terdedah. Cerita ni terlalu byk babak pembunuhan sbb konsepnya pertndingan tu mmg sebenar2 kalah mati dan bhgian2 terkoyak tercabut etc x ditutup. X rugi pun x tengok. Aku tertengok sbb nak bg review yg adil. Saya bg 3/5 saja. Sorry.
tgk sex pun takut ke sis? bahalolnya.