fbpx

PU Azman Mohon Maaf Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi melibatkan pendakwah terkenal. Nampaknya, kali ini Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik kerana menggunakan panggilan kurang sesuai iaitu ‘orang tua’ merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah.

Sedar atas ketelanjurannya itu, PU Azman memohon maaf secara terbuka terhadap isu poligami dan perihal isteri-isteri Rasulullah.

BACA: “Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Ustaz Ebit Lew”

https://www.instagram.com/p/B_jyOlGptA2/?utm_source=ig_embed

PU Azman akui panggilan itu kurang sesuai walaupun hanya sekadar mahu menggambarkan isteri-isteri Rasulullah yang pernah berkahwin sebelum menikahi baginda.

Pendakwah bebas itu juga turut memohon maaf dengan kenyataannya bahawa poligami bukanlah Sunnah. Menurutnya, kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan oleh segelintir pihak.

“Cik Man minta maaf terhadap salah faham terhadap kenyataan Cik Man yang mengatakan poligami bukanlah sunnah tapi keadilan itu Sunnah.

“Cik Man bukan menolak kesunahan poligami secara total tetapi menepis pendirian segelintir yang mengatakan sunnah poligami hanya berdasarkan kepada bilangan tapi mengabaikan soal keadilan dalam rumahtangga,” katanya.

Dalam pada itu, PU Azman turut mengucapkan terima kasih kepada para ustaz dan individu yang tampil membantu dan membuat teguran terhadapnya.