Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa pihak seolah tidak berpuas hati dengan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Lebih sebak apabila pendakwah berbangsa Cina itu tampil memohon maaf jika ada kurang senang dengannya.

Bagaimanapun, ramai golongan agamawan tampil memberikan sokongan serta berdiri teguh di bekakang Ustaz Ebit Liew yang tidak tahu erti penat dalam membantu mereka yang kesusahan.


BACA: “Saya Minta Maaf, Saya Bukan Sesiapa, Cuma Cina Belajar Islam”

Tidak ketinggalan, Pencetus Ummah Azman selaku rakan seperjuangan dalam dunia dakwah turut memberi sokongan serta mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Lew untuk meneruskan niat murninya itu.

View this post on Instagram

Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah. . Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik. . ??? ???????? ????????? ??????? ??????????? ???????? ???? ???????? ????? ?????? ???????? ??????. . Maksud :"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa". (Surah Al Hujurot ayat 12). . Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya. . Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu. . Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai. . Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq. . Cik Man-

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Menerusi perkongsian di Instagram itu, PU Azman turut mengatakan pasti ada sebab seseorang itu memperlihatkan sedekahnya. Antara tujuannya adalah untuk memberikan contoh yang baik kepada masyarakat.


PU Azman turut menyebut, dalam hal ini Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.