fbpx

PU Azman Dikecam Buat Akaun TikTok

Nama pendakwah muda Pencetus Ummah (PU) Azman sememangnya sangat dikenali ramai lebih-lebih lagi dikalangan anak-anak muda yang lebih senang bertanyakan soalan mengenai agama kepadanya.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Mungkin untuk lebih mendekati anak muda, PU Azman memaklumkan dia juga sudah mempunyai akuan TikTok dengan menggunakan nama @puazman. Bagaimanapun, ada yang segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

BACA: PU Azman Mohon Maaf Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’

Netizen berpendapat aplikasi tersebut bukanlah sebuah platform yang baik walaupun niat PU Azman hanya sekadar mahu menyebarkan dakwah kepada peminat dan mencadangkan untuk membuka saluran YouTube.

Tambah mereka, TikTok lebih sinonim kepada anak muda yang ingin berhibur dan dipenuhi dengan video-video tidak elok untuk dilihat seperti gambar perempuan yang tidak menutup aurat dan pelbagai lagi.

https://www.instagram.com/p/CGgaW0iplFw/?utm_source=ig_embed

Tidak melatah dengan teguran tersebut, PU Azman tidak menafikan ada perkara negatif ditayangkan di TikTok, namun sebagai pengguna yang bijak mereka perlulah memperbetulkan niat masing-masing.

“Ada orang cakap TikTok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu TikTok. Dalam semua media sosial pun ada.

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau asYik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” jawabnya.

Betul apa yang dikatakan oleh PU Azman, jika ada niat tidak baik dalam menggunakan media sosial maka jadilah tidak baik. Jadi gunakan media sosial dengan sebaik mungkin.