fbpx

PU Amin Tak Putus Asa Ajak Netizen Boikot Sajat

Baru sahaja reda kontroversi berpakaian wanita di Mekaj, nampak usahawan kontroversi Nur Sajat kembali menjadi perhatian ramai apabila dilihat sengaja memuat naik gambarnya yang agak seksi dan keterlaluan di Instagram.

Perkara itu mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin yang turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Sajat itu. Menerusi Instagram, PU Amin menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot terhadap usahawan tersebut.

BACA: Sajat Kongsi Foto Pakai Bikini, Netizen Tegur Nampak Selulit

Mengakui sebelum ini ada menerima pelbagai ugutan kerana tegurannya itu, namun ia tidak menjadi penghalang baginya untuk membanteras kemungkungkaran. Malah,PU Amin berkata dia akan tetap menjalankan tanggungjawabnya demi anak keturunannya.

PU Amin turut merasa kesal kerana Sajat sudah secara terang-terangan tidak mengikut fitrah asalnya apabila berpakaian wanita masuk ke Tanah Suci namun masih ramai yang masih memuja dan membeli barangannya.

“Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!..

“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, PU Amin turut mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas serta bertindak dengan memadam segala platform media sosial milik Sajat.

Pada masa sama, PU Amin turut mendoakan agar Sajat menyedari segala perbuatannya yang jelas bertentangan dengan agama dan kembali ke jalan Allah serta bertaubat.