fbpx

PU Amin Selar Netizen Sibuk Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit anak Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah.

Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin yang memberikan pandangannya mengenai kontroversi melanda keluarga selebriti itu.

BACA: Jika Belum Bercerai, Wanita Boleh Saman Anak Abby & Norman

@sembangkopiahterbang

Isu anak Norman Hakim Abby Abadi normanhakim marissahakim langkastudio minmatpodcast

? News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Menerusi video dikongsikan di TikTok, PU Amin individu yang melemparkan kecaman terhadap Norman, Abby dan juga Memey belum mempunyai anak serta tidak ada pengalaman membesarkan anak.

“Saya nak cakap satu benda lah, mereka yang komen dekat Instagram (IG) Norman, Abby dan juga Memey mengatakan, ‘Kau ni tak pandai jaga anak’.

“Saya rasa orang yang komen ni adalah orang-orang yang belum ada anak lagi atau pun mungkin anak dia masih kecil lagi sebab mereka tak ada pengalaman untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, PU Amin turut menegur netizen yang menyalahkan ibu bapa di atas kesalahan dilakukan oleh anak-anak serta melihat balik diri sendiri sama ada ibu bapa kita elok atau tidak.

“Tanggungjawab mak ayah ni adalah untuk bagi ilmu kepada anak-anak. Tapi bila anak buat salah, tak guna untuk kita maki mak ayah ni.

“Apa yang anda dapat bila berbuat demikian? Siap cakap, ‘Oh ayah dia dulu macam ini, macam itu’. Asyik sebab tentang perkara yang dah lepas je, kita tanya diri balik mak ayah kita ni elok ke tak elok dulu tu?” katanya.

Tambah PU Amin lagi, dia juga menitipkan nasihat supaya tidak celupar serta mengeluarkan kata-kata negatif berikutan konflik keluarga tersebut kerana bimbang akan berbalik pada diri sendiri.

“Bila seseorang diuji dengan konflik keluarga mulut kita jangan celupar sangat sebab tak kena dekat korang lagi. Kalau kena dekat adik korang ke, anak korang yang kau bangga, kau jaga, yang pandai tapi sekali tersungkur.

“Saat itu mesti korang teringat, ‘Eh 20 tahun lepas aku ada maki seorang sebab dia tak pandai jaga anak’. Jadi saya nak pesan satu benda iaitu tolong jaga mulut, jangan celupar sebab benda-benda macam ni akan berbalik kepada kita,” katanya.