fbpx

Jika Belum Bercerai, Wanita Boleh Saman Anak Abby & Norman

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit anak Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, peguam Syarie berpengalaman Datuk Akberdin Abdul Kader berkata wanita bernama Umisya Mazlan boleh menyaman Marissa jika ada bukti kukuh gadis berkenaan menjadi punca perosak rumah tangganya.

BACA: Bekas Suami Nekad Nak Berubah, Mengaku Lemah Bila Marissa Datang Kejar Balik

Bagaimanapun, Akberdin berkata tindakan tersebut hanya boleh diambil letika Umisya Mazlan dan suaminya Ahmad Aslam masih lagi bergelar suami isteri.

“Kalau nak ambil tindakan terhadap orang ketiga ini sebenarnya boleh dibuat ketika (pasangan) masih dalam perkahwinan seperti mana tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana ambil sebelum ini.

“Semasa berkahwin ada beberapa pilihan, tapi kalau sudah bercerai, dia kena tahu tindakan apa yang ingin diambil untuk pihak ketiga itu.

“Selepas itu baru dia boleh buat laporan ke pihak pejabat agama terdekat untuk lakukan siasatan,” katanya..

Dalam pada itu, Akberdin berkata pendedahan dibuat oleh Umisya tidak menjejaskan jika wanita itu mahu membuat tuntutan hak harta sepencarian serta tuntutan hadanah kedua anak mereka.

Akberdin bagaimanapun memaklumkan setiap kes adalah berbeza dan ia bergantung kepada keputusan mahkamah selepas perbicaraan.

“Apa dilakukan bekas isteri bukan satu rekaan yang bertujuan memalukan sehingga berlakunya penceraian. Kalau apa didakwa bekas isteri itu benar, ia tidak akan menjejaskan tuntutan harta sepencarian atau hadanah (hak penjagaan anak-anak),” jelasnya.

Tambahnya lagi, pihak bekas suami juga boleh mengambil tindakan terhadap Misya jika ada bukti bagi membuktikan semua dakwaan itu tidak benar.

“Jika perkara itu tidak benar, dia boleh ambil tindakan. Bekas suami boleh saman kerana mengaibkan dirinya secara umum. Bagaimanapun pihak bekas isteri boleh menggunakan pembelaan justifikasi di mana dia boleh kemukakan bukti yang dimiliki.

“Jadi saman malu pihak bekas suami tidak akan bertahan dan mahkamah boleh menolaknya jika dia gagal menyangkal semua tuduhan dengan bukti yang kukuh,” katanya.

Terdahulu, Marissa tampil memuat naik kenyataan mengakui kesilapan yang dilakukan serta mengakui apa yang ditularkan itu adalah benar, namun tidak semuanya tepat.