fbpx

Caprice Kecam Kenyataan Bodoh PU Amin

Berikutan kenyataan PU Amin mengenai bencana alam di Indonesia baru-baru ini merupakan malapetaka dari Tuhan, Caprice tampil memberikan pendapat. Jelasnya, kita sepatutnya menghormati sensitiviti keluarga yang telah kehilangan orang tersayang tanpa menilai sebab ianya berlaku.

BACA: Topik Bahaya, Caprice Enggan Ulas Isu Sajat & Safiey

“Salam PU, maaf caprice nak tegur secara buka but your public tweet about the tragic events in Indonesia is truly uncalled for and really saddens me. Kita kene respect jugak the sensitivity to the families who have lost their loved ones”

Selain itu, Caprice juga mendedahkan kerana kenyataan yang dikeluarkan PU Amin, pelbagai dakwaan dilemparkan seperti terdapatnya pesta LGBT di kawasan berkenaan menyebabkan malapetaka itu berlaku.

“Sebab tweet ni, kalau PU baca comments kat IG / facebook, ade netizens yang pandai-pandai tambah cakap area ni memang ade ‘pesta lgbt’ and sebab tu lah kene tsunami. What if they are wrong?”

“We should pray for the safety and well-being of our fellow Muslim brothers and sisters in Indonesia. Doa untuk mereka not make religious assumptions as to why this happened. Harap PU faham”

“Caprice harap PU teruskan giving reminders to our fellow Muslims. It is very good to remind but at the same time, we must also practice humanity, humility, and compassion too. These are traits within Islam aswell. Salam,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, PU Amin yang menyedari teguran Caprice tampil memohon maaf andai terlajuran dalam berkata-kata. Pendakwah juga manusia biasa, ada salah silapnya. Yang penting PU Amin sudah memohon maaf. (rtky/w)