fbpx

PU Amin Mahu Sajat Mohon Maaf, Dedah Jantina Sebenar

Masih lagi hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian wanita dan lengkap bertelekung di ketika menunaikan umrah, Pencetus Ummah (PU) Amin berpendapat Sajat perlu membuat permohonan secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Menurut PU Amin, tindakan itu penting bagi menjaga imej konsulat, rakyat dan jemaah Malaysia di Arab Saudi. Bagaimanapun, katanya lagi tindakan Sajat masuk di kawasan solat wanita sememangnya tidak boleh diterima.

BACA: PU Amin Dedah Sajat Masih Di Masjidil Haram, Lengkap Bertudung

“Sajat dan kawan kawan perlu minta maaf secara terbuka pada rakyat Malaysia. Perkara ini penting bagi menjaga imej konsulat, rakyat dan jemaah Malaysia di Arab Saudi. Secara yakin, kita rakyat Malaysia setuju untuk membimbing golongan lembut dan pondan pada jalan kebaikan.

“Namun, tindakan menceroboh masuk kawasan solat wanita masjid Alharam dan masjid Nabawi tidak boleh diterima rakyat Malaysia dan ummat Islam sedunia seluruhnya,” katanya.

Menerusi kenyataannya di Facebook itu, PU Amin juga meminta Sajat dan kawan-kawannya mendedahkan jantina sebenar bagi mengelakkan salah faham. Katanya lagi, jika benar wanita tunjukkan bukti kepada umum.

“Sajat dan kawan-kawan perlu memaklumkan identiti mereka pada umum, jelaskan jantina sebenar supaya tidak berlaku salah faham dan tuduh menuduh dalam netizen. Jika laki kata laki. Jika wanita buktikan wanita.

“Kita semua sudi dan sedia untuk buat satu program umrah dan kursus umrah khusus di Malaysia buat semua golongan pondan maknyah di Malaysia.

“Semoga Sajat dan kawan-kawan lembut hati dan cepat cepat ambil tanggungjawab untuk mohon maaf. Kita amat malu dengan tindakan Sajat dan kawan-kawan. Saya sangka baik dia tidak sengaja dan akan segera betulkan keadaan,” tulisnya.

Diakhir perkongsian itu, PU Amin turut mengatakan kita manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan pintu taubat sentiasa terbuka.