fbpx

PU Amin Dedah Sajat Masih Di Masjidil Haram, Lengkap Bertudung

Seperti diketahui semalam pihak agensi yang membawa Nur Sajat bersama keluarga dan rakan-rakan mengerjakan umrah mengesahkan bahawa rombongan usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Ia berikutan isu Sajat berpakaian seperti wanita dan bertelekung ketika di Mekah menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

BACA: Cemarkan Tanah Suci, Polis Arab Cari Sajat?

Bagaimanapun, perkongsian Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci sebagai mutawif agak mengejutkan apabila memaklumkan bahawa Sajat masih berada di Masjidil Haram dan lengkap bertudung.

Menurut PU Amin, ramai jemaah yang dipimpinnya terserempak dengan Sajat ketika melakukan ibadah Saie. PU Amin berkata lagi, dakwaan bahawa Sajat ditangkap ataupun sudah dibawa keluar dari Mekah tidak benar sama sekali.

Dalam pada itu, PU Amin juga memaklumkan sebahagian jemaah umrah sudah pun membuat laporan polis berhubung isu Sajat itu.

Terdahulu, pihak agensi meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menimbulkan kekecohan dengan tindakannya memakai telekung semasa mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, pihaknya sukar mendapat kerjasama daripada Sajat dan sebarang perbincangan hanya dilakukan melalui orang tengah iaitu melalui pembantu peribadinya.