fbpx

Cemarkan Tanah Suci, Polis Arab Cari Sajat?

Tampil berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah, tindakan Nur Sajat menimbulkan kemarahan ramai pihak serta tidak puas hati kerana perkara dilakukannya itu seakan mempersendakan agama.

Pelbagai kecaman dilemparkan kepada Sajat, malah ada yang terus membuat laporan kepada kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu agar diambil tindakan terhadap Sajat dan rakan-rakannya.

BACA: “Kalau Saya Permainkan Agama, Allah Dah Bagi Bala Di Mekah”

Lebih mengejutkan, isu Sajat itu bukan sahaja hangat diperkatakan di Malaysia malah turut diketahui oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Perkara itu didedahkan oleh Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Mekah sebagai mutawif.

Menurut PU Amin, dia telah ditegur oleh seorang anggota polis di sana yang mengingatkannya supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan dan dilaknat Allah.

Malah, pihak polis itu turut memberi amarah agar tidak mencemarkan tempat suci dan ibadah bimbang ianya beri kesan buruk pada rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah selepas ini.

Dalam pada itu, PU Amin berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Katanya lagi, sudah lama dia bertegas mengenai hal Sajat sehingga dikecam teruk, namun dia tetap teruskan untuk memperjuangkan agama.

Rasanya sudah sampai masa pihak berwajib campur tangan mengenai hal identiti sebenar Nur Sajat yang sehingga kini masih lagi menjadi pertanyaan orang ramai.