fbpx

PU Abu Tunai Umrah, Netizen Pesan Jangan Jumpa ‘Aura’ Lain

Semalam, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan memuat naik satu video di Instagram miliknya memohon maaf kepada semua pihak. PU Abu turut meminta agar medoakan perjalanan dan urusannya untuk menunaikan ibadah Umrah selamat serta dipermudahkan.

Masih hangat dengan kontroversi rumah tangga Da’i Nik Farhan, perkongsian PU Abu itu mendapat perhatian netizen yang sempat menitipkan pesanan kepada pendakwah muda itu agar tidak tersangkut dengan ‘aura’ lain sewaktu berada di Mekah.

BACA: PU Abu Dikecam Pakai Surgical Mask Elak Jerebu

Malah, netizen turut mengingatkan bahawa isterinya iaitu Hana Azraa kini sedang hamil dan serta menjaga niat untuk fokus melakukan ibadah dan tidak terpikat dengan wanita lain. Tidak kurang juga ada yang memberikan nasihat sindiran kepada PU Abu agar jangan bernikah lagi disana.

Meskipun ramai yang memberikan pesanan sarkastik, namun ada dikalangan netizen memberikan kata-kata positif serta mendoakan agar pendakwah itu  dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.

Terdahulu, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya ketika sarat hamil selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.