fbpx

PU Abu Dikecam Pakai Surgical Mask Elak Jerebu

Meskipun bukan seorang selebriti, nama PU Abu Sufyan menjadi perhatian ramai susulan kontroversinya menceraikan isteri ketika sarat hamil kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa.

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh PU Abu di akaun Instagramnya mengundang kecaman dimana memaparkan pendakwah muda itu memakai topeng muka pembedahan (surgical mask) ketika musim jerebu.

BACA: “Mereka Kata Saya Tak Layak Pakai Purdah”

Menerusi perkongsiannya itu, PU Abu mendoakan semoga Allah melindungi Mlaysia dan menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan diri masing-masing.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan Abu yang salah memakai jenis topeng muka kerana topeng tersebut tidak sesuai dipakai dengan situasi jerebu.

Dalam pada itu, ada netizen beranggapan tindakan PU Abu itu hanya mahu meraih perhatian dan tidak mungkin dia tidak tahu membezakan topeng muka pembedahan dengan topeng untuk jerebu.