fbpx

PU Abu Enggan Komen Dakwaan Rujuk Dengan Isteri Pertama

Semalam isu rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila bekas isterinya, Hana Azraa mendakwa pendakwah itu sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Ain Afini.

Mengambil langkah kunci mulut mengenai pendedahan oleh bekas isterinya itu, PU Abu berkata dia tidak mahu menggunakan media sosial sebagai tempat untuk dia membuka cerita mengenai kisah peribadinya.

BACA: Hana Azraa Dedah PU Abu Sudah Rujuk Dengan Isteri Pertama

“Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, PU Abu berkata dia tidak akan membuka cerita mengenai hal rumah tangganya dan meminta kepada mereka yang ingin mengetahui tentang perkara itu bertanyakan kepada Hana sendiri.

“Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri,” katanya.

Semalam menerusi Instagram, Hana mendedahkan bekas suaminya itu sudah pun rujuk kembali dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Malah, Hana berkata mereka berdua sudah pun rujuk semula selepas dua minggu dia dan PU Abu berkahwin.