fbpx

Hana Azraa Dedah PU Abu Sudah Rujuk Dengan Isteri Pertama

Meskipun bukan bergelar selebriti, namun nama usahawan Hana Azraa dikenali ramai dek kerana kontroversi rumah tangganya dengan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan. Terdahulu, Hana mengesahkan sudah pun berpisah dengan PU Abu beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, terbaru Hana mendedahkan bekas suaminya itu sudah pun rujuk kembali dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Malah, Hana berkata mereka berdua sudah pun rujuk semula selepas dua minggu dia dan PU Abu berkahwin.

BACA: Hana Azraa Kongsi Rahsia Jaga Hubungan Baik Dengan Dua Bekas Suami

Hana memuat naik pengakuan itu berikutan tindakan PU Abu berkongsikan ucapan hari lahir buat anaknya bersama Ain Afini dimana pendakwah itu turut menitipkan nama anaknya bersama Hana.

Jelas Hana, pendedahan itu juga bertujuan kerana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya kecuali demi anak lelaki mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen.

Dalam perkongsian berkenaan, PU Abu menyatakan anak pertamanya itu akan disayangi oleh semua orang termasuk adik tirinya yang kini berusia empat bulan.

https://www.instagram.com/p/CBIh6uFpM0q/?utm_source=ig_embed

Sedar perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen, PU Abu memuat naik kenyataan meminta orang ramai tidak membandingkan kedua-dua anaknya itu.

Malah, PU Abu turut bertanyakan apa yang dimahukan oleh netizen kerana jika dia tidak memuat naik perkongsian tentang anak ramai yang mengatakan dia tidak sayang anak, tetapi jika dia berkongsikan ramai yang mempertikaikan tindakannya.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Uwais Al-Mateen. Namun, pada April lalu, Hana menegaskan bahawa dia dan PU Abu bukan lagi suami isteri.