PU Abu Dikecam Tunjuk Cara Tidurkan Anak Dalam Kereta
Meskipun kontroversi rumah tangganya sudah reda, namun ada sahaja isu terpalit Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan. Gara-gara memuat naik foto cara tidurkan anak dalam kereta, PU Abu dikecam hebat oleh netizen.
Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram miliknya, kelihatan anaknya tertidur di pangkuannya tempat duduk pemandu ketika kereta sedang bergerak.
BACA: PU Abu Enggan Komen Dakwaan Rujuk Dengan Isteri Pertama
“Antara cara-cara aku nak tidur atau diamkan anak-anak aku (Adam dan Mateen) kecuali aisyah adalah dengan pangkukan mereka dekat tempat pemandu.
“Contohnya macam dalam gambar. Tapi aku akan berhentikan kereta di mana-mana dululah. Biasanya tak lama 5 ke 10 minit mereka akan tidur then aku letaklah kat car seat.Mudahkan?,” katanya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakannya itu kerana meskipun hanya mengambil masa 5 minit ia tetap boleh mengundang bahaya. Kata netizen lagi, jangan sebab nak bagi anak tidur tetapi keselamatan anak tidak dihiraukan.
Namun ada segelintir netizen seolah memahami tindakan PU Abu itu kerana adakalanya anak merengek tidak mahu duduk di kerusi bayi sehingga terpaksa dipangku ketika memandu.
Untuk rekod, PU Abu mempunyai dua orang cahaya mata dari dua orang bekas isterinya Ain ‘Afini ( Muhamad Adam Aysar ) dan Hana Azra (Muhammad Uwais Al-Mateen).
Sukati mung la anak mung.. tapi klu dah jd pape nnt jgn lak myesal.
Krg ttiba jd fighter/duta utk carseat pulak
Kewujudan sosial media ni hasilkan ramai org sakit otak.semua bnd salah korg je la betul..sekali org tu buat silap abis smpi mati korg nk cri salah die..masing2 bt kje tuhan..masing2 jadi pakar ekonomi,pakar keselamatan..abu tu silap dlo ceraikn bini die.tpi mgkin skg dh taubat..apa hak kita nk mencari2 aib die??tu anak die darah daging die,tau la die nk jg ank die.jgn ske menyuluh silap org..sekali Allah bukak aib korg terduduk nt
ramai je bapak bapak buat cara ni..tapi takdelah gigih upload lepas tu caption berjela jela dengan emoji ntah apa apa sejenis bbnu, ye la nak tunjuk bapa mithali walaupun hakikatnya kan ….
done kecam. next gosip pls
Ek elehh..nk tdo kn ank pn msuk rtky.gla prhtian tul ko ni mat
yang snap photo tu tak reti tolong jaga sat ka anak tu?
IQ kambing gurun
Aku x minat pun ngn pak abu ni. Tapi kan dia ckp dia berhentikan kereta baru dia pangku anak dia. Baca la betui2 sistursss. Kita jd bawang biar bawang berkelas. Jgn tahu nak kecam org je. Hoho
Menyampahnyenyee aku ngn geng bwgni.semua nk kecamm.wehh korang klu hal org mcm korang perfect gile.lantak dia la ank dia.ramai je buat kot.ko igt ank org sama ke ngn ank ko
ntah budak bendul je yg diam ikut je org letak tk rimas lgsung.
Klu budak normal mmg dia akn bosan tkkn nk duk lme pun.igt semua sama ank ko ke???
Kalau terjadi ape2, katanye dah takdir Allah, semua slhkan takdir..kalau tak tau pakai otak, kau tukarlah jadi benda lain, binatang ke pokok ke kayu ke
ala nk femes lettew..saje cri bahan nk kena kecam…
niatnya nak tunjuk tangan sado tu je.. anak kt riba dan caption tu semua propa je..
niat asal nak tunjuk tangan sado tu je.. baby kat riba dan caption tu semua propa je..