fbpx

“Mereka Kata Saya Tak Layak Pakai Purdah”

Penampilan terkini isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa menjadi perhatian ramai apabila tidak lagi mengenakan purdah. Susulan itu, ramai netizen mempersoalkan keikhlasannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Hana Azraaa berkata kecaman netizen terhadap dirinya membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berniqab. Malah, netizen turut mengatakan bahawa dia tidak layak untuk berpurdah.

BACA: Status ‘Ibu Tunggal’ Hana Azraa Timbulkan Persoalan

“Sebenarnya saya jadi terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai.

“Tapi sejujurnya waluapun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam tapi saya memang betul-betul ikhlas memakainya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hana mengakui dia masih dalam proses belajar dalam bab tersebut. Kata Hana lagi, dia menghargai segala teguran sama ada baik atau buruk serta mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan serta menasihatinya.

“Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan istiqamah dalam menjadi diri serta penampilan. Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas saya terima. Baik dan buruk,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram Hana Azraa menjadi perhatian netizen apabila dia mengemaskini mengemaskini bio Instagram dengan meletakkan status ‘Single Mommy’ serta menukar gambarnya tidak lagi berniqab.