fbpx

Black Dedah Nama Anak Kedua Di Instagram

Jika anda masih belum move on lagi dengan kepetahan anak Black iaitu Dayyan berkata-kata, baru-baru ini penyanyi tersebut turut berkongsikan nama kedua anaknya melalui sebuah video di Instagram.

BACA: Black Cemas Kerana Durian Bayi Dalam Perut Tak Bergerak

Menerusi video pendek tersebut, Black bersama Dayyan telah berkongsikan nama anak keduanya iaitu Rindu Dayyana. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian bagi mereka yang mempunyai seakan-akan sama.

Menurut Black sebelum ini, cahaya mata keduanya itu dilahirkan dengan berat 2.88kg. Apa yang pasti kehadiran Rindu pastinya akan membuatkan keluarga ini bertambah meriah, tambah pulak dengan Dayyan yang sememangnya riuh.

Semoga isteri Black selamat berpantang dan semoga Dayyan juga menjadi abang yang tidak membuli adik. Pasti kecoh tengok keletah dua beradik ini nanti bila masing-masing sudah besar. (rtky/s)