Apakah erti lagu Psy tanpa video muzik yang kelakar & pelik belaka. Lagu terbaru beliau yang sedang meningkat popular, Gentleman turut membawa konsep yang sama yang menjadi trademark Psy.
Di’tayangkan buat pertama kali kepada peminat semasa konsert Happening yang berlangsung di Seoul World Cup Stadium, video muzik ini di’jangka akan mendapat perhatian setaraf Gangnam Style.
Bercakap kepada peminat yang hadir, Psy bersyukur dengan penantian oleh seluruh dunia terhadap lagu baru beliau dan tidak kisah sama ada lagu ini berjaya atau tidak di’peringkat antarabangsa.
Anda rasa? Mampukah Gentleman mengulangi kegilaan Gangnam Style?