fbpx

PSY Di Malaysia? Penganjur Harus Keluar RM2.3 Juta Untuk Sebuah Lagu

Melihat PSY melakukan tarian Gangnam Style di’hadapan mata sendiri mungkin salah satu impian ramai ketika ini, maklumlah demam & fenomena belum reda lagi.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Portal hiburan Murai hari ini melaporkan yang khabarnya pihak pengurusan PSY di Korea memberikan sebut harga yang boleh tahan memeningkan kepala untuk membawa beliau ke sini.

Hanya untuk membawakan sebuah lagu berserta PSY menari — Gangnam Style semestinya, mereka telah meminta bayaran sebanyak USD750,000 (~RM2.3 juta). Itu dia tahap PSY.

Lebih menarik, sumber maklumat ini datang daripada mereka yang ingin membawa masuk PSY untuk projek Hari Belia yang seterusnya. Kalau ingin selamat, simpan sahaja niat itu.

Lain’lah kalau ada penaja korporat yang tidak kisah menabur wang sebanyak itu untuk publisiti kerana membawa masuk PSY ketika, jika tidak, simpan sahajalah duit cukai rakyat itu.

[poll=”47″]