fbpx

PSY Bakal Turun Ke Malaysia Untuk Future Music Festival Asia 2013

Peminat Gangnam Style, anda ada sebab untuk teruja dengan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013 kerana PSY telah pun mengesahkan kehadiran beliau, lebih kurang.

Dalam sidang media khas untuk mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan, PSY adalah antara nama besar yang bakal menjadi perhatian para peminat.

Future Music Festival Asia 2013 turut membawakan Fun., Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, The Stafford Brothers, The Prodigy, Tenzin, Rudimental & Borgore.

Kesemua artis yang di’umumkan penganjur, Livescape hari ini adalah untuk persembahan hari kedua yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, KL.

Hari pertama akan menyaksikan ‘delegasi’ yang di’ketuai Armin Van Buuren tampil sebagai sebahagian daripada siri A State of Trance 600: The Expedition World Tour.

Jadi, artis manakah yang membuatkan anda teruja untuk hadir ke Future Music Festival Asia 2013 nanti? Heh.