Proses Mediasi Gagal, Siti Nordiana Heret Kes Saman Lima Sekawan Ke Mahkamah
Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana meneruskan kes saman terhadap lima sekawan selepas proses mediasi (rundingan secara baik) gagal.
Bagaimanapun, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil nana engga berkongsikan butiran yang menjadi punca mediasi tersebut mencapai jalan buntu.
BACA: Hakim Saran Siti Nordiana, Lima Sekawan Bincang Cara Baik
“Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Kami menghormati kedua-dua pihak. Yang pasti tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamahlah,” katanya.
Peguam yang mewakili Siti Nordiana berkata kes itu terpaksa dilanjutkan kepada perbicaraan demi menghormati kedua-dua pihak.
“Sebenarnya plaintif dan defendan sudah menjalani proses mediasi atas saranan mahkamah tetapi tiada kata persetujuan dan penyelesaian antara mereka. Jadi terpaksa sambung untuk perbicaraan penuh.
“Mengenai proses mediasi, apa yang boleh saya komen memang tak berjaya. Ini disebabkan kami menghormati pihak sebelah sana (defendan),” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Lan Solo, Syura dan Nur Shiela berkata, terma-terma yang dibincangkan kedua pihak tidak dipersetujui, jadi terpaksa dibawa kepada perbicaraan.
“Saya minta maaf. Kedua-dua pihak dan mahkamah bersepakat untuk tidak mendedahkan apa yang dibincangkan sepanjang proses mediasi,” katanya.
Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman terhadap lima defendan termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.
Menerusi saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
- SUMBER
- Harian Metro
Ishh dah2 la Diana oii….sedangkan nabi ampunkan umat.. ko saper dek?
Engko ingat dapat ker 500k tu…apa yg ko dah suffer? apa yg ko hilang? Kalau sana xbleh bayor….loyar ko kenyang bukan ko.
Tudia aih. No komen
Pandai la korang suruh dia lupakan,maafkan siap banding ngan nabi..bkn ka dia dh bg peluang minta maaf tp puak2 tu yg xnk minta maaf? Aku x rs duit yg dia nk tp lebih kpd maruah yg tercemar dihina sesuka hati jz bcos puak tu ramai..klau kena kat korang lagi teruk rsnya merempan meroyan bagai..
Bethol tew Melati yng huntong loyar le paling ciput rm500 buka file kes baru …byk setel luor court je lah… lain la kes ko ber profile tinggi saman malu atau pitnah nk jatuhkan reputasi. Xpun langgar kontrak jd duta kew berbaloi lah jgk fight di court pon setakat kes gini tunggu hari jumaat pon boleh setel kat depan gate umah ko nana hoi :((
Pas kerajaan isle terbaik..
Terima kasih lepaskan Sajad…..luluskan lesen arak dan judi 22 kali.
Sememangnya PAS pilihanku :)))
Tingginya ego kau nana.. kitaorang tau memang u are on the right side.. mula2 kesian but then…now… nampak mcm petty betul.. kau rugi banyak ke? Ig review? Berapa sangat lah.. hilang followers? Tu menandakan followers dah muak dengan ko …nak follow artis baru..apa yg nana nak sebenarnya? Duit? Atau hang marah sebab ‘orang bawahan’ u bersuara? Kau nak diorang merana? Gitu? Semua berbalik pada niat. Kalau niat nak ‘mengajar’ diorang.. cukuplah dengan tuntutan minta maaf live.. bukan tututan maaf + duit 1 juta tu..
Najib n rosmah lg teruk kn kutuk..relek2 je….
Mahal? Balasan dosa fitnah kat akhirat lagi mahal oi orang2 Islam.
Fitnah petty? Baca Quran ke dak? Tu la orang2 Melayu Islam skang ni tak takut buat fitnah.
Org ngumpat depan2 kalau kita kena kita pun sakit…tak rasa dia nak duit, mungkin dia tak nampak keikhlasan yg gumpat dia tu untuk minta maaf…tak org tak kita…kita bukan malaikat
Biarlah dia heret dorang ke court. Biar bagi pengajaran agar bende ni tak dibuat main. Bukan ego tapi prinsip. Teruskan Nana. Saya pun akan buat apa U buat.
Mcm budak sekolah x cukup umo gaya peragai masing2..hakim pun malas nk layan..
Haahaaa…
Yg sokong tu mesti kaki ngumpat..mak2 yg kepam yg slalu mroyan.. ha boleh lh buat persatuan lps ni dgn geng 5 sekwn tu!
Hahahaaa
Mulianya hati Raja Farah yg boleh memaafkan jantan2 kemaruk yg buat sexual harrasment talks kt tv show tu ttg diri dia..
Kes dia ni percayalah, tak kemana pun..tambahan SN ni keras kepala nk teruskan sbb dah halfway. Padahal, lebih byk buruk tanggapan org pd dia sbb teruskan kes ni.
Padahal sape je la tgk live dorg masa tu..
Kalau dia maafkan je mcm Raja Farah buat, InsyaAllah lg org pandang tggi pada dia..but it’s too late, msg2 kepala batu xnk mengalah.
GO GO…
saman jgn x saman…
tetapkan pendirian anda…
bia ape org kata..
teruskan perjuangan nana..
saman tetap saman…