fbpx

Promosi Ramadan Di POPULAR 2022 Kini Bermula, Jom Serbu!

Sejak kempen Ramadan @ POPULAR diadakan bermula tahun 2010, sebanyak 164 buah rumah anak yatim telah menerima sumbangan.

Jadi, tidak ketinggalan untuk tahun 2022, sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, POPULAR bersama 9 syarikat penerbitan tempatan meneruskan kempen yang bermakna ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

Promosi Ramadan @ POPULAR 2022 kini sedang berlangsung sehingga 24 April 2022 di Kedai Buku POPULAR/HARRIS terpilih di seluruh Malaysia termasuk POPULAR Online.

Dengan tema Membaca: Beribadah Sambil Beramal, POPULAR ingin menyeru semua pembaca untuk sama-sama, membeli dan membuat amal, kerana dengan setiap pembelian anda, 10% akan didermakan kepada Badan Kebajikan terpilih.

Sepanjang promosi ini berlangsung, anda dapat menikmati rebat sebanyak 10% untuk 362 tajuk-tajuk terpilih daripada kategori Agama, Motivasi, Bukan Fiksyen, Masakan dan Komik.

Selain menikmati tawaran hebat, anda juga boleh memberi sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran & Terjemahan. Anda hanya perlu membeli & menyerahkan buku-buku tersebut kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada Badan Kebajikan terpilih. Juruwang kedai POPULAR akan mengambil rekod belian anda nanti.

Selain daripada itu, anda juga akan menerima hadiah percuma senaskah surah Yassin atau Manzil dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas dalam 1 resit. Sementara stok masih ada.

Jadi tunggu apa lagi, nikmati rebat daripada promosi Ramadan @ POPULAR ini dan Membaca: Beribadah Sambil Beramal, kongsikan rezeki anda dengan insan-insan yang memerlukan bantuan. Anda juga boleh menikmati promosi ini di POPULAR Online di LINK INI.

Anda juga boleh meggunakan kemudahan membeli-belah dengan Perkhidmatan Order, Pick & Go. Pengambilan barang di cawangan pilihan anda atau penghantaran ke rumah yang boleh diaturkan khas untuk anda.

Hubungi cawangan pilihan anda melalui WhatsApp sekarang juga tau! Untuk maklumat lanjut sila klik DI SINI.

Untuk tahu lebih terperinci tentang promosi Ramadan @ POPULAR ini, anda boleh layari laman web POPULAR, POPULAR Online atau melalui Facebook dan Instagram mereka sekarang! Selamat membaca dan selamat beramal!