Eh bukan selalu selebriti Malaysia mahu menawarkan diri mereka untuk makan malam bersama para peminat yang menyokong kerjaya mereka selama ini.

Ini ada satu pertandingan yang menarik untuk sertai jika anda seorang peminat Shaheizy Sam.


Bintang Paling Popular tahun 2010 ini bakal keluar makan malam bersama mereka yang bertuah & terpilih melalui satu pertandingan.

Caranya mudah sahaja, anda perlu perah otak untuk keluar dengan satu slogan khas buat Shaheizy Sam ATAU mencipta gelaran khas buat peminat aktor popular ini.

Anda boleh menghantar sebanyak 3 cadangan atau idea kreatif maksima dan boleh menyertai mana mana kategori atau cadangkan kedua dua’nya sekali.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Januari 2012 dan anda boleh mulakan sessi perah otak dan hantarkan idea anda ke shaheizysamofficial@ymail.com & hanya penyertaan melalui e-mail sahaja yang sah.