fbpx

Tahun ini merupakan tahun pertama kami menonton teater bermula dengan Secret Life of Nora dan terakhir Badai Semalam.

Boleh kami katakan kami mula yakin dengan persembahan teater tempatan lebih lebih lagi dengan wujud’nya pasukan produksi muda seperti MASK Team.

Pasukan yang sama sebelum ini berjaya membawakan naskah berjudul Juta Juta yang berjaya di’bawa ke Putrajaya di’atas permintaan dan kini kembali dengan karya terbaru.

Arahan & tulisan Syahrul Fithri Musa, teater 1 Plastik Hitam akan mula membuka pentas 7 Disember sehingga 11 Disember 2011 ini bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jika anda berminat, dan kami pun berniat untuk pergi, boleh dapatkan tiket masuk berharga RM20 pada hari persembahan dan juga boleh ditempah dengan menghubungi Hilal Azmi di talian +60193572093.

SINOPSIS: 1 Plastik Hitam mengisahkan sebuah beg plastik hitam yang ditinggalkan oleh seorang Perempuan Purdah di sebuah taman awam.

Perempuan Purdah tersebut meminta jasa baik seorang Budak Permpuan Beruniform Sekolah yang sedang duduk di sebuah bangku menjaga plastik hitam tersebut sementara beliau pulang mengambil sesuatu yang tertinggal.

Sebelum itu, Budak Perempuan Beruniform Sekolah juga telah diminta oleh Busker untuk ‘menengok-nengokkan’ keadaan taman tersebut. Kemudian, taman tersebut didatangi pula Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis.

Kehadiran mereka berdua mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua dan Budak Perempuan Berpakaian Sekolah mengenai kewujudan beg plastik hitam tersebut.

Dan, Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis berasa curiga dengan isi kandungan plastik hitam itu dan ingin membukanya.

Apakah hasrat mereka? Apa jenis tentangan serta pergelutan di antara Lelaki Perkasa dengan Graduan Muflis? Dan apa kesudahannya?