SKMM Beri Amaran, Astro Mohon Maaf
Gara-gara kontroversi warna kulit yang tercetus dalam program Gegar Vaganza tempoh hari, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada pihak penyiaran Astro.
BACA: Terlajak Kata, Syarikat Rakaman Santesh Bertemu Peguam

Memandang serius tentang perkara ini, pihak SKMM telah menjalankan siasatan selepas mendapat aduan orang ramai. Setelah pertemuan empat mata, pihak Astro akan tampil memohon maaf dalam siaran akan datang.
“Pihak Astro menghadiri perjumpaan dengan SKMM pada 7 November lepas bagi memberi penjelasan butiran insiden serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang diambil. Permohonan maaf daripada pihak penaja dan Astro telah dikeluarkan semasa siaran program pada 11 November”
Menerusi kenyataan media itu juga, permohonan maaf dari pihak penaja iaitu Datuk Aliff Syukri tidak diperlukan selepas permohonan maaf yang disiarkan secara langsung dalam program terbabit minggu lalu.
Dalam masa yang sama, pihak penyiaran Astro juga berjanji akan merakamkan terlebih dahulu sebarang segmen melibatkan pihak penaja utama agar tidak mengulangi perkara yang sama lagi. (rtky/w)
- SUMBER
- oh bulan
SKMM perlu tegas macam BNM (Bank Negara). Kalau rasa pihak media salah dan bukti kukuh ada, terus saman. Kasi program sampah kurang. Kenapa kes DSV rantai palsu tu SKMM tak hantar Surat? Pasal warna kulit lagi penting dari DSV tipu dlm tv? Hairan sungguh.
eh tertulis nama skmm plk hahaha typo .. sorry2 hanya mewakili suara netizen yg memerhati :)
tak de orang yg buat official complaint mmg la SKMM xde buat apa2 pon pasal kes DSV tu. ni sekadar kecoh kat socmed mmg xde apa2 la.
Aku setuju komen kau beb.
Kalai aku jd SKMM aku ban terus si sotong kurita ni dari dunia hiburan. Biar dia terkulai layu bak sependa yg dijemur rapi. Semak aku dengar suara pomdan tua dia tu. Rasa macam nk lempang 100km sejam..hanatttýyyyyytttttttt